As salam buat seme..
Buat anak2 didikku...
Nih cikgu nak bagi tips skor cemerlang bahagian c kertas 2 UPSR ye..kertas ni ialah jenis ulasan.
Jenis soalan terbahagi kpd 3 (amalan baik, nilai2 murni, pengajaran)-tidak tertakluk kepada 17 nilai murni sahaja. Calon boleh mencari idea sendiri bersesuaian dgn petikan.
macam mane nk cemerlang (iaitu markah 20/20)?
1)ulasan tidak lebih 50 patah perkataan
2)tidak digalakkan mencatat/ menyalin semula petikan
3)nilai negatif tidak boleh diterima
4)jawapan lebih 1 perenggan tidak diterima
5)yang penting, perlu mewujudkan 5 nilai murni
contoh:
-
Setiap detik yang kami lalui, kami manfaatkan dengan
mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam
*nilai murni ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah, semangat patriotik dengan melawat tempat-tempat bersejarah
-Semasa di Pantai Cenang, kami
meminta kebenaran daripada guru untuk mandi.
*menghormati guru dengan meminta kebenaran
-
Kami akur akan nasihat guru tersebut.
*patuh akan nasihat
-Kami
berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan
*berdisiplin dengan berbariS
Untuk mencapai tahap cemerlang juga, calon perlu meletakkan penanda wacana, disertai kata bantu.
Selamat berjaya!