05 Mei 2011

Muzium Alam Semulajadi , Presint Diplomatik, Putrajaya

Hai korang..
Muzium Alam Semulajadi ni terletak dekat sangat dgn rumah mama..("aku" dah takleh pakai lagi sebab anak2 murid mama ada jenguk blog ni) macam kasar jgk ler bile dorang baca kan..

Hari tu ada la mama bwk anak2 bertiga ke sana..budak2 bwh 12 tahun xde bayaran, dewasa rm2..kat dalam tu, byk jenis haiwan hutan boleh tengok.. ni gambar anak2 mama semasa kat sane..




p/s: budak2 bertiga tuh ajak mama pegi lagi huhuu

Bahasa Melayu Bhgn C Kertas 2 UPSR

As salam buat seme..

Buat anak2 didikku...
Nih cikgu nak bagi tips skor cemerlang bahagian c kertas 2 UPSR ye..kertas ni ialah jenis ulasan.

Jenis soalan terbahagi kpd 3 (amalan baik, nilai2 murni, pengajaran)-tidak tertakluk kepada 17 nilai murni sahaja. Calon boleh mencari idea sendiri bersesuaian dgn petikan.

macam mane nk cemerlang (iaitu markah 20/20)?
1)ulasan tidak lebih 50 patah perkataan
2)tidak digalakkan mencatat/ menyalin semula petikan
3)nilai negatif tidak boleh diterima
4)jawapan lebih 1 perenggan tidak diterima
5)yang penting, perlu mewujudkan 5 nilai murni

contoh:
- Setiap detik yang kami lalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam
*nilai murni ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah, semangat patriotik dengan melawat tempat-tempat bersejarah

-Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran daripada guru untuk mandi.
*menghormati guru dengan meminta kebenaran

-Kami akur akan nasihat guru tersebut.
*patuh akan nasihat

-Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan
*berdisiplin dengan berbariS

Untuk mencapai tahap cemerlang juga, calon perlu meletakkan penanda wacana, disertai kata bantu.

Selamat berjaya!