05 Mei 2011

Bahasa Melayu Bhgn C Kertas 2 UPSR

As salam buat seme..

Buat anak2 didikku...
Nih cikgu nak bagi tips skor cemerlang bahagian c kertas 2 UPSR ye..kertas ni ialah jenis ulasan.

Jenis soalan terbahagi kpd 3 (amalan baik, nilai2 murni, pengajaran)-tidak tertakluk kepada 17 nilai murni sahaja. Calon boleh mencari idea sendiri bersesuaian dgn petikan.

macam mane nk cemerlang (iaitu markah 20/20)?
1)ulasan tidak lebih 50 patah perkataan
2)tidak digalakkan mencatat/ menyalin semula petikan
3)nilai negatif tidak boleh diterima
4)jawapan lebih 1 perenggan tidak diterima
5)yang penting, perlu mewujudkan 5 nilai murni

contoh:
- Setiap detik yang kami lalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam
*nilai murni ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah, semangat patriotik dengan melawat tempat-tempat bersejarah

-Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran daripada guru untuk mandi.
*menghormati guru dengan meminta kebenaran

-Kami akur akan nasihat guru tersebut.
*patuh akan nasihat

-Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan
*berdisiplin dengan berbariS

Untuk mencapai tahap cemerlang juga, calon perlu meletakkan penanda wacana, disertai kata bantu.

Selamat berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan